Thursday, April 21, 2011
Sunday, April 17, 2011
afdlin hanya mahu tempat kedua sahaja
Ekoran dari itu, Afdlin telah mengadakan sesi perbincangan dengan tenaga pengajar untuk mengkaji masalah dan kelemahan Ratnah.
"'We had a lot of heart-to-heart talks, not to mention yelling and screaming'. Tapi kita tahu apa yang kita perlu lakukan. KIta perlukan satu perubahan besar.
"Dan saya mendapati apa yang perlu difokuskan adalah vokalnya. Jadi, sejak dua minggu lalu kami tumpukan perhatian pada latihan vokal. Sebab itu saya telah mendapatkan khidmat Siti Hajar (guru vokal terkenal).
"Kebetulan saya sudah selesai dengan penggambaran 'Pontianak vs Orang Minyak', jadi saya boleh fikirkan jalan cerita untuk persembahannya. Minggu ini kita buat muzikal. Kita cuba ketengahkan kekuatannya."
Tambah Afdlin, setiap kali mereka membuat persembahan, mereka akan berikan yang terbaik. Sememangnya apa yang berlaku malam ini jauh dari jangkaan mereka.
Kongsinya dia tidak pernah menjangka akan muncul di tempat pertama. Yang diharapkan hanyalah tempat kedua.
Bersyukur atas markah yang telah diberikan kepada mereka, Afdlin melihatnya sebagai tanda mereka berada di landasan yang betul.
"Apa yang sudah kuat kita kekalkan dan perbaiki. Malam ini Ratnah telah memberikan 120%. Tapi dia masih mempunyai kelemahan dari segi vokal dan benda itu yang kita perlu fokus.
"Apa yang Ratnah lakukan malam ini - menyanyi dan menari - bukan sesuatu yang senang. Tetapi saya bangga dia dapat melakukannya. Selepas ini jika dia hendak teruskan, dia perlu kuatkan vokalnya, tingkatkan staminanya, fokus dan berdisiplin.
"Apa yang kita capai malam ini, kita boleh 'happy' sekejap je selepas itu kita kena mula bekerja keras. Takde lagi 'complain, just do it'."

Saturday, April 16, 2011
salma..salma...
KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2011: Sejak Salma protégé kepada Erra Fazira menyertai program realiti Mentor musim kelima ini, kedudukannya dalam Mentor sentiasa saja berada di tangga teratas , malah peratusannya juga sudah jauh meninggalkan peserta-peserta yang lain.
Buktinya pada pusingan kedua bagi kumpulan B yang berlangsung Ahad(10 April 2011) lalu, Salma dan Erra Fazira telah sekali lagi mengungguli tangga teratas bagi kumpulan B.
Mereka juga telah menjadi antara pasangan mentor-protege yang mendapat peratusan tertinggi dari keseluruhan kumpulan A dan B untuk pusingan pertama lalu serta pusingan kedua pada malam Ahad lalu.
Membawakan lagu Bukan Milikmu Lagi, Salma telah berjaya meraih peratusan tertinggi sebanyak 77 peratus pada malam tersebut. Biarpun begitu, peratusannya agak sedikit menurun jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya, yang mana dia berjaya memperolehi peratusan sebanyak 80 peratus.
Selain menyampaikan lagu Bukan Milikmu Lagi, Salma juga telah mempersembahkan lagu duet bersama protege Afdlin Shauki dari kumpulan A iaitu Ratnah menerusi lagu Rama Rama.
Manakala Iqa iaitu protégé kepada komposer Edry Abdul Hashim pula masih kekal berada di tangga kedua bagi kumpualn B pada Ahad lalu dengan mendapat peratusan sebanyak 56 peratus. Nyata peratusannya juga sedikit berkurangan daripada pusingan pertama lalu.
Apa yang pasti menerusi lagu solonya, Iqa membawakan sesuatu yang berbeza apabila tampil dengan nyanyian medley Sejati / Bujang Senang yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Wings. Iqa juga telah mempersembahkan lagu duet Sofea Jane nyanyian asal Black Mentor bersama Ayish protege kepada Noh Hujan.
Sementara itu, Aiman protégé kepada penyanyi rock, Rahim Maarof pula masih tidak berganjak kedudukannya dalam kumpulan B yang mana masih kekal dalam tangga terakhir dalam kumpulan tersebut. Malah berbanding pusingan pertama lalu, markah Aiman juga berkurangan daripada 48 kepada 43 peratus minggu lalu.
Aiman juga membawakan lagu medley sama seperti Iqa tetapi bukan hanya terdiri daripada dua buah lagu sahaja malah medley dari empat lagu hits iaitu Ekstravaganza(Bunkface), Larut ( Dewa ), ACKKC(Rahim Maarof) dan Holy Diver(Killswitch Engage). Sama seperti protege lain juga, pada malam itu Aiman turut berduet bersama Shiha portege kepada Kak Pah dengan menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari).
Konsert pada malam itu juga turut menyaksikan persembahan istimewa daripada penyanyi undangan , Mas Idayu yang telah menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Cinta 100% / Senggol-Senggolan / Selangit bersama-sama protégé dari kumpulan B ini.

shiha..shiha...
KUALA LUMPUR, 3 MAC 2011: Kegagalan melayakkan diri untuk menjadi pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) sebaris dengan Mawi sama sekali tidak mematahkan semangat Nurshiha Mohd Zikir atau Shiha, 24, untuk bergelar penyanyi profesional.
Malah, usaha Shiha yang banyak kali menyertai pelbagai uji bakat dalam bidang nyanyian amat berbaloi kerana akhirnya gadis dari ibu kota ini dipilih oleh Datuk Sharifah Aini sebagai protege untuk program Mentor 5. Pada waktu yangsama, dia juga turut disenarai pendekkan sebagai pelajar AF7 .
"Shiha bercita-cita besar nak jadi penyanyi profesional serta penyanyi serba boleh. Jadi, Shiha mahu mengambil peluang ini sebagai satu platform baru untuk diri Shiha mencapai cita-cita dan impian Shia selama ini.
"Gagal dalam prelude AF3 bukan bermakna Shiha gagal buat selamanya. Siapa tahu dengan penyertaan Shiha dalam Mentor 5 ini mampu membantu Shiha menjadi penyanyi sehebat Datuk Sharifah Aini.
"Shiha berjanji, Shiha akan memberikan komitmen sampai tahap 120% untuk bersaing dengan 5 protege yang lain. Shiha akan cuba memperbaiki cara nyanyian dan menambahkan lagi keyakinan diri. Paling utama, Shiha nak jadi pakar dalam semua jenis nyanyian lagu," katanya yang turut menyumbangkan suara dalam lagu Sofarz iaitu Dan Bila Esok.
Apa yang pasti, biduanita negara Datuk Sharifah Aini sendiri mengakui kelebihan yang ada pada Shiha dalam menyertai pelbagai pertandingan nyanyian yang mana ia menjadikan dirinya yakin untuk memilih Shiha sebagai protege.
"Pada saya, pengalaman itu mustahak. Itu adalah bonus buat Kak Pah dalam memilih Shiha sebagai protege. Setakat ini, Shiha seorang yang mudah dilentur. Dia juga dapat buktikan kepada Kak Pah bahawa dia boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu.
"Kini, Kak Pah mahu fokus pada kemampuan vokalnya. Sungguhpun kita lihat Shiha mempunyai keyakinan yang bagus tetapi Kak Pah tahu kelemahan yang perlu diperbaiki Shiha. Kak Pah tahu Shiha pernah gagal dalam AF.
"Namun Kak Pah langsung tidak takut dengan kegagalan itu. Mungkin masa tu dia gagal, tapi tidak tahu sekarang. Bukan mudah untuk melalui kegagalan kerana Kak Pah sendiri pernah melaluinya sepanjang bergelar penyanyi. Bagi Kak Pah juga, semuanya itu adalah personal choice. Mungkin tuah Shiha ada di sini," jelas Kak Pah.
Bermula Ahad ini, jam 9 malam, Shiha akan berentap dengan 5 protege yang lain iaitu Salma, Ayish, Ratnah, Aiman dan Iqa. Saksikan siaran langsung Mentor 5 di TV3 bersama hos Ally Iskdandar dan hos bersama, Nas Ahmad.

Berita Salma
KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Program realiti hiburan, Mentor Musim 5 yang semakin popular di TV3 telah pun memasuki minggu yang ke-2 pada Ahad (20 Mac 2011) lalu. Seperti tahun-tahun yang lalu musim kali ini masih lagi mengetengahkan enam pasangan protege dan mentor.
Kesemua enam protege dan mentor masing telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Kumpulan A yang terdiri daripada Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini) dan Ayish (Noh Hujan). Manakala kumpulan B pula terdiri daripada Salma (Erra Fazira), Iqa (Edry Abd Halim) dan Aiman (Rahim Maarof).
Setakat ini semua protege dan mentor sudah pun menunjukan kredibiliti mereka masing-masing dalam pusingan yang pertama sejak Mentor Musim 5 bermula pada 13 Mac lalu.
Pada pusingan pertama pertandingan ini protege Erra Fazira iaitu Salma yang membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara telah mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus.Secara tidak langsung, ia turut mengangkat Salma sebagai salah seorang peserta yang berjaya mengungguli tangga teratas pada pusingan yang pertama ini.
Manakala, peserta yang mendapat markah tempat kedua tertinggi pula adalah protege Datuk Sharifah Aini iaitu Shiha dengan markah sebanyak 64 peratus.
Sementara itu protege Edry Abdul Halim iaitu Iqa pula mendapat markah tempat ketiga tertinggi dengan markah 55 peratus pada pusingan pertama ini. Iqa telah mendendangkan lagu Kenangan Lalu pada minggu kedua.
Pada minggu lalu, Datuk Ramli MS dan penyanyi Zainal Abidin telah diundang untuk menjadi juri pada malam tersebut. Pada Ahad (27 Mac 2011)ini, protege daripada kumpulan A pula akan bertarung dan pusingan kedua pula akan bermula.
Mampukah peserta lain merampas tahta protege Erra Fazira iaitu Salma untuk menjadi peserta yang mendapat tangga teratas undian dalam pusingan yang kedua? Sama-sama kita saksikannya di saluran TV3 Ahad ini, jam 9 malam.

Berita Shiha
KUALA LUMPUR, 29 MAC 2011: Sekali lagi, penyanyi Datuk Sahrifah Aini dan protegenya, Shiha menggungguli tangga teratas dalam saingan kumpulan A di pusingan kedua, pada minggu ketiga Mentor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Ahad lalu.
Shiha yang membawakan lagu solo irama tradisional, Candak buat kali kedua telah mendapat peratusan tertinggi dalam kumpulan A dengan markah, 63 peratus pada Namun, markahnya berkurangan sebanyak 1 peratus berbanding pusingan pertamanya apabila meraih markah 64 peratus.
Kemudian diikuti dengan saingan terdekat Shiha iaitu Ayish protege kepada vokalis Hujan, Noh. Ayish yang mempersembahkan lagu solo, Itu Kamu pada malam tadi dan mendapat peratusan kedua tertinggi dalam kumpulannya dengan markah 60 peratus.
Peratusan Shiha dan Ayish pada pusingan kedua kali ini tidak jauh bezanya berbanding pusingan pertama apabila Shiha telah meungguli tangga teratas dengan markah sebanyak 64 peratus dan Ayish dengan hanya 43 peratus.
Manakala Ratnah iaitu protege kepada pengarah dan pelakon Afdlin Shauki masih lagi mendapat tempat yang terakhir dengan peratusan paling sedikit berbanding protege lain iaitu 38 peratus. Ratnah yang membawakan lagu solo Fantasia Bulan Madu difahamkan berada dalam keadaan tidak sihat ketika mengadakan persembahan malam itu.
Pada malam konsert itu juga, setiap peserta turut membuat persembahan duet dengan protege-protege dari kumpulan B yang terdiri daripada Salma (Erra Fazira), Iqa (Edry Abdul Halim) dan Aiman (Rahim Maarof).
Di mana Ayish telah berduet dengan Salma menerusi medley Cinta Sempurna/Sempurna. Shiha pula berpasangan dengan Iqa dalam mempersembahkan lagu Aku Ada Kamu manakala Ratnah pula menyanyi lagu Malam Ku Bermimpi bersama Aiman.
Persembahan istimewa sebagai penutup tirai pada malam itu menyaksikan Ayish, Shiha dan Ratnah menyanyikan medley lagu-lagu Rossa seperti Tegar, Pudar dan Ayat-ayat Cinta.
Selain itu konsert malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran diva Indonesia, Rossa yang juga mempersembahkan lagu bertajuk Ku Menunggu. Rossa juga hadir sebagai juri jemputan untuk minggu tersebut selain Datuk Ramli MS yang menjadi juri tetap Mentor 5.
Pada minggu hadapan (3 April 2011) peserta daripada kumpulan B yang tediri daripada protege Salma (Erra Fazira), Iqa (Edry Abdul Halim) dan Aiman (Rahim Maarof) pula bersaing untuk menentukan siapa yang bakal mengungguli tempat pertama bagi kedua-dua kumpulan dalam saingan kedua ini.
Adakah protege Salma dan Erra Fazira masih boleh mengekalkan tempat pertama seperti saingan sebelum ini?Sama-sama kita saksikannya di saluran TV3 Ahad ini, jam 9 malam.

Berita Aiman
Komen yang agak keras dilontarkan juri professional sedikit pun tidak mengguris perasaan mentor kepada Aiman, Rahim Maarof yang merasakan persembahan protege kesayangannya itu tidak sedikitpun merencatkan jangkaannya.
“Mungkin Datuk Ramli MS terkejut melihat Aiman menyanyikan lagu rock memandangkan sebelum ini Aiman tidak pernah membawa genre ini.
“Bagi saya persembahan Aiman itu sudah boleh dikira terbaik jika hendak dibandingkan dengan pengalamannya yang tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sebelum ini,” jelasnya ketika ditemui selepas konsert Mentor kumpulan B baru-baru ini.
Dalam konsert berkenaan Aiman mendapat komen yang kurang baik daripada juri tetap Mentor, Datuk Ramli MS apabila menyatakan vokal Aiman bukan ke arah rock
Namun bagi penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Kristal itu, apa yang dilakukannya adalah cuba mendedahkan Aiman dengan muzik rock.
Baginya, apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan Aiman dalam usaha mempelbagaikan variasi genre lagu yang boleh dinyanyikan.
“Sebenarnya dalam usaha untuk menyesuaikan lagu dan suara Aiman, kami telah berbincang bersama dalam memilih lagu untuk konsert ini.
“Bagaimana pun bagi menyesuaikan lagu dan suara Aiman, sedikit perubahan telah dilakukan dan mungkin apa yang dilihat oleh Ramli itu merujuk kepada lagu Holy Diver. Lagu itu sememangnya agak sukar untuk dinyanyikan,” ujarnya.
Bagaimana pun bagi Rahim, suara dan vokal Aiman mempunyai keunikan tersendiri, cuma ia belum tahu bagaimana untuk mengawal dan menggunakannya.
Walau apa pun, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Aiman membuatkan Rahim tambah bersemangat untuk memberikan yang terbaik.
Sementara itu, Aiman merasakan apa yang diluahkan oleh Ramli MS adalah sesuatu yang baik dan dia akan mengambilnya sebagai pengajaran dan berusaha memperbaiki kelemahan.
“Saya akan cuba yang terbaik lagi untuk konsert seterusnya dan yang paling penting saya akan cuba untuk mengejar kedudukan peserta lain.
“Bagi saya yang penting jangan berputus ada dan sentiasa memberikan yang terbaik,” ujarnya.
Walaupun persembahan Aiman tidak berjaya mencairkan hati Ramli MS, Aiman tetap diberikan pujian oleh juri undangan konsert malam itu, Mas Idayu.

Berita iqa
Edry sudah pun meluahkan isi hatinya. Pihak penerbit Mentor 5 juga telah menjelaskan keadaan sebenar. Tetapi bagaimana pula dengan Iqa? Sepanjang perjalanan sidang media malam itu, Iqa hanya membisukan diri.
Iqa maendengar luahan Edry dan "Iqa terkejut juga (dengan luahan Edry). Iqa takut peminat Salma akan benci Iqa. (Sebelum mengakhiri sesi chat, Iqa sempat memohon maaf pada peminat Salma) Tetapi bagi Iqa, abang Edry sebagai mentor mempunyai hak untuk menyuarakan isi hatinya. Iqa tak kisah.
Abang Edry memang seorang yang terus-terang. Kalau dia tak suka, dia akan cakap tak suka. Dia bukan seorang yang berselindung-selindung. Dan dia juga tak suka paksa. Jika Iqa tak selesa, dia akan kata jangan buat. Dia tak garang, cuma tegas.
Serba salah juga Iqa sebab Salma kawan Iqa dan kami teman sebilik. Malam tu, Salma takde tarik muka. Salma masih okay dengan Iqa. Dia tak berubah. Kita pun takde ungkitkan tentang isu itu. Rasanya Salma faham itu adalah luahan hati abang Edry bukan Iqa. Tapi Iqa akui, Iqa segan dengannya.
Bagi Iqa, Iqa tak kisah tentang semua benda-benda ni. Tujuan Iqa adalah untuk belajar dan membuktikan Iqa ada bakat menyanyi. Iqa tak nak benda-benda ni ganggu fokus Iqa. Iqa mula menyanyi sejak kecil lagi. Dan Iqa nak buat benda ni (menyanyi) dengan betul-betul.
Iqa akui ada kekurangan pada Iqa. Markah itu tak penting bagi Iqa. Jika itu markah yang Salma dapat, itu rezeki dia. Maksudnya, orang dah nampak bakatnya. Mereka belum lagi nampak bakat Iqa, jadi Iqa kenalah buat betul-betul lepas ni.
Walaupun malam itu Iqa dah buat yang terbaik, tetapi orang tak nampak lagi. Tapi takpe. Biar Iqa mula dari bawah. Suara Salma memang dah bagus. Lepas ni, Iqa kena usahakan lagi untuk perbaiki kelemahan Iqa.
Iqa tidak berputus asa sebaliknya Iqa lebih bersemangat. Apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Tak bolehlah kita nak menang saja. Ini sebuah pertandingan."

Aiman brcinta dengan Shiha?
Bukan mudah apabila berupa cantik dan kacak lebih-lebih lagi apabila anda muncul dalam program realiti. Inilah nasib Aiman dan Shiha yang digandingkan sebagai pasangan duet dalam Konsert Mentor 5 esok.
Apabila ditanya mengenai gandingan mereka, mereka berasa sangat serasi bersama. Sesi penggambaran yang dilalui juga sangat menyeronokkan walaupun mereka kepenatan. Sekiranya diberi peluang, mereka ingin berpasangan lagi untuk persembahan yang akan datang.
Dari pemerhatian Saya, nyata dapat dilihat 'twinkle in their eyes' ketika mereka berinteraksi semasa temubual.
Saya berasa tersentuh dengan persembahan mereka berdua ketika sesi 'dry run' dan memberi penilaian 'must watch' untuk konsert malam esok. Pasangan ini tampak sangat cocok digandingkan bersama. "Sama cantik, sama padan."
Persaingan Mentor 5 diteruskan malam esok dengan Konsert 'Battle 2#' Kumpulan B bermula jam 9 malam di TV3.

Biodata Aiman
Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar

Biodata Ayish
Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : -

Biodata Salma
Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani
Biodata Ratnah
Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan
Biodata Iqa
Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Nama Panggilan : Iqa
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Eksekutif Insurans

Biodata Shiha
Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri
Subscribe to:
Comments (Atom)