Saturday, April 16, 2011

salma..salma...

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2011: Sejak Salma protégé kepada Erra Fazira menyertai program realiti Mentor musim kelima ini, kedudukannya dalam Mentor sentiasa saja berada di tangga teratas , malah peratusannya juga sudah jauh meninggalkan peserta-peserta yang lain.
Buktinya pada pusingan kedua bagi kumpulan B yang berlangsung Ahad(10 April 2011) lalu, Salma dan Erra Fazira telah sekali lagi mengungguli tangga teratas bagi kumpulan B.
Mereka juga telah menjadi antara pasangan mentor-protege yang mendapat peratusan tertinggi dari keseluruhan kumpulan A dan B untuk pusingan pertama lalu serta pusingan kedua pada malam Ahad lalu.
Membawakan lagu Bukan Milikmu Lagi, Salma telah berjaya meraih peratusan tertinggi sebanyak 77 peratus pada malam tersebut. Biarpun begitu, peratusannya agak sedikit menurun jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya, yang mana dia berjaya memperolehi peratusan sebanyak 80 peratus.
Selain menyampaikan lagu Bukan Milikmu Lagi, Salma juga telah mempersembahkan lagu duet bersama protege Afdlin Shauki dari kumpulan A iaitu Ratnah menerusi lagu Rama Rama.
Manakala Iqa iaitu protégé kepada komposer Edry Abdul Hashim pula masih kekal berada di tangga kedua bagi kumpualn B pada Ahad lalu dengan mendapat peratusan sebanyak 56 peratus. Nyata peratusannya juga sedikit berkurangan daripada pusingan pertama lalu.
Apa yang pasti menerusi lagu solonya, Iqa membawakan sesuatu yang berbeza apabila tampil dengan nyanyian medley Sejati / Bujang Senang yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Wings. Iqa juga telah mempersembahkan lagu duet Sofea Jane nyanyian asal Black Mentor bersama Ayish protege kepada Noh Hujan.
Sementara itu, Aiman protégé kepada penyanyi rock, Rahim Maarof pula masih tidak berganjak kedudukannya dalam kumpulan B yang mana masih kekal dalam tangga terakhir dalam kumpulan tersebut. Malah berbanding pusingan pertama lalu, markah Aiman juga berkurangan daripada 48 kepada 43 peratus minggu lalu.
Aiman juga membawakan lagu medley sama seperti Iqa tetapi bukan hanya terdiri daripada dua buah lagu sahaja malah medley dari empat lagu hits iaitu Ekstravaganza(Bunkface), Larut ( Dewa ), ACKKC(Rahim Maarof) dan Holy Diver(Killswitch Engage). Sama seperti protege lain juga, pada malam itu Aiman turut berduet bersama Shiha portege kepada Kak Pah dengan menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari).
Konsert pada malam itu juga turut menyaksikan persembahan istimewa daripada penyanyi undangan , Mas Idayu yang telah menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Cinta 100% / Senggol-Senggolan / Selangit bersama-sama protégé dari kumpulan B ini.

No comments:

Post a Comment