Sunday, April 17, 2011

afdlin hanya mahu tempat kedua sahaja

Ekoran dari itu, Afdlin telah mengadakan sesi perbincangan dengan tenaga pengajar untuk mengkaji masalah dan kelemahan Ratnah.

"'We had a lot of heart-to-heart talks, not to mention yelling and screaming'. Tapi kita tahu apa yang kita perlu lakukan. KIta perlukan satu perubahan besar.

"Dan saya mendapati apa yang perlu difokuskan adalah vokalnya. Jadi, sejak dua minggu lalu kami tumpukan perhatian pada latihan vokal. Sebab itu saya telah mendapatkan khidmat Siti Hajar (guru vokal terkenal).

"Kebetulan saya sudah selesai dengan penggambaran 'Pontianak vs Orang Minyak', jadi saya boleh fikirkan jalan cerita untuk persembahannya. Minggu ini kita buat muzikal. Kita cuba ketengahkan kekuatannya."

Tambah Afdlin, setiap kali mereka membuat persembahan, mereka akan berikan yang terbaik. Sememangnya apa yang berlaku malam ini jauh dari jangkaan mereka.

Kongsinya dia tidak pernah menjangka akan muncul di tempat pertama. Yang diharapkan hanyalah tempat kedua.

Bersyukur atas markah yang telah diberikan kepada mereka, Afdlin melihatnya sebagai tanda mereka berada di landasan yang betul.

"Apa yang sudah kuat kita kekalkan dan perbaiki. Malam ini Ratnah telah memberikan 120%. Tapi dia masih mempunyai kelemahan dari segi vokal dan benda itu yang kita perlu fokus.

"Apa yang Ratnah lakukan malam ini - menyanyi dan menari - bukan sesuatu yang senang. Tetapi saya bangga dia dapat melakukannya. Selepas ini jika dia hendak teruskan, dia perlu kuatkan vokalnya, tingkatkan staminanya, fokus dan berdisiplin.

"Apa yang kita capai malam ini, kita boleh 'happy' sekejap je selepas itu kita kena mula bekerja keras. Takde lagi 'complain, just do it'."

No comments:

Post a Comment