Saturday, April 16, 2011

Berita Shiha

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2011: Sekali lagi, penyanyi Datuk Sahrifah Aini dan protegenya, Shiha menggungguli tangga teratas dalam saingan kumpulan A di pusingan kedua, pada minggu ketiga Mentor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Ahad lalu.

Shiha yang membawakan lagu solo irama tradisional, Candak buat kali kedua telah mendapat peratusan tertinggi dalam kumpulan A dengan markah, 63 peratus pada Namun, markahnya berkurangan sebanyak 1 peratus berbanding pusingan pertamanya apabila meraih markah 64 peratus.

Kemudian diikuti dengan saingan terdekat Shiha iaitu Ayish protege kepada vokalis Hujan, Noh. Ayish yang mempersembahkan lagu solo, Itu Kamu pada malam tadi dan mendapat peratusan kedua tertinggi dalam kumpulannya dengan markah 60 peratus.

Peratusan Shiha dan Ayish pada pusingan kedua kali ini tidak jauh bezanya berbanding pusingan pertama apabila Shiha telah meungguli tangga teratas dengan markah sebanyak 64 peratus dan Ayish dengan hanya 43 peratus.

Manakala Ratnah iaitu protege kepada pengarah dan pelakon Afdlin Shauki masih lagi mendapat tempat yang terakhir dengan peratusan paling sedikit berbanding protege lain iaitu 38 peratus. Ratnah yang membawakan lagu solo Fantasia Bulan Madu difahamkan berada dalam keadaan tidak sihat ketika mengadakan persembahan malam itu.

Pada malam konsert itu juga, setiap peserta turut membuat persembahan duet dengan protege-protege dari kumpulan B yang terdiri daripada Salma (Erra Fazira), Iqa (Edry Abdul Halim) dan Aiman (Rahim Maarof).

Di mana Ayish telah berduet dengan Salma menerusi medley Cinta Sempurna/Sempurna. Shiha pula berpasangan dengan Iqa dalam mempersembahkan lagu Aku Ada Kamu manakala Ratnah pula menyanyi lagu Malam Ku Bermimpi bersama Aiman.

Persembahan istimewa sebagai penutup tirai pada malam itu menyaksikan Ayish, Shiha dan Ratnah menyanyikan medley lagu-lagu Rossa seperti Tegar, Pudar dan Ayat-ayat Cinta.

Selain itu konsert malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran diva Indonesia, Rossa yang juga mempersembahkan lagu bertajuk Ku Menunggu. Rossa juga hadir sebagai juri jemputan untuk minggu tersebut selain Datuk Ramli MS yang menjadi juri tetap Mentor 5.

Pada minggu hadapan (3 April 2011) peserta daripada kumpulan B yang tediri daripada protege Salma (Erra Fazira), Iqa (Edry Abdul Halim) dan Aiman (Rahim Maarof) pula bersaing untuk menentukan siapa yang bakal mengungguli tempat pertama bagi kedua-dua kumpulan dalam saingan kedua ini.

Adakah protege Salma dan Erra Fazira masih boleh mengekalkan tempat pertama seperti saingan sebelum ini?Sama-sama kita saksikannya di saluran TV3 Ahad ini, jam 9 malam.

No comments:

Post a Comment