Bukan mudah apabila berupa cantik dan kacak lebih-lebih lagi apabila anda muncul dalam program realiti. Inilah nasib Aiman dan Shiha yang digandingkan sebagai pasangan duet dalam Konsert Mentor 5 esok.
Apabila ditanya mengenai gandingan mereka, mereka berasa sangat serasi bersama. Sesi penggambaran yang dilalui juga sangat menyeronokkan walaupun mereka kepenatan. Sekiranya diberi peluang, mereka ingin berpasangan lagi untuk persembahan yang akan datang.
Dari pemerhatian Saya, nyata dapat dilihat 'twinkle in their eyes' ketika mereka berinteraksi semasa temubual.
Saya berasa tersentuh dengan persembahan mereka berdua ketika sesi 'dry run' dan memberi penilaian 'must watch' untuk konsert malam esok. Pasangan ini tampak sangat cocok digandingkan bersama. "Sama cantik, sama padan."
Persaingan Mentor 5 diteruskan malam esok dengan Konsert 'Battle 2#' Kumpulan B bermula jam 9 malam di TV3.
No comments:
Post a Comment